Kecerdasan emosi sebagai satu sub-ilmu dalam
disiplin psikologi masih baru. Namun emosi atau perasaan sebagai satu unsur
yang terdapat pada manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun lalu. Emosi
manusia bukan hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi
dan klinikal. Pendek kata, emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam
pengendalian ilmu pengetahuan. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri,
semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan
menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak
melebih-lebihkan kesenangan, dan dapat mengurus perasaan. Konsep Emotion
Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas
dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana
perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental (IQ). Dalam portfolio ini
terdapat perkataan emosi serta huraiannya, refleksi introspektif perkembangan
tahap kompetansi kecerdasan emosi diri sendiri dari beberapa aspek. Juga
terkandung contoh situasi yang mencabar dan cadangan strategi untuk mengurus
emosi berdasarkan sutuasi tersebut. Akhirnya, terdapat peranan guru yang
membantu dalam perkembangan kecerdasan emosi.
Senarai perkataan emosi.
1. Kasih
·
Perkataan kasih membawa maksud perasaan atau berperasaan sayang terhadap
seseorang. Perkataan ini juga boleh dikatakan sebagai perasaan penghargaan atas
pemberian seperti pertolongan yang telah diperolehi oleh seseorang. Boleh
dirumus sebagai perasaan cinta akan seseorang.
2. Marah
·
Perkataan ini pula membawa maksud berasa panas hati, berang, gusar dan
sebagainya. Perasaan ini lahir kerana rasa tertipu atau telah dihina oleh
seseorang.
3. Hairan
·
Perkataan hairan merujuk kepada perasaan pelik ketika melihat sesuatu.
Boleh juga dikatakan perasaaan ganjil ketika melihat atau mendengar suatu
berita
4. Puas
·
Perkataan puas boleh ditakrif sebagai berasa senang, kenyang dan lega
apabila sesuatu yang dikehendaki atau dimpikan sudah tercapai.
5. Selamat
·
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa, perkataan selamat boleh didefinisikan
sebagai perasaan yang aman dan sejahtera daripada berlakunya sebarang ganguan.
6. Bimbang
·
Bimbang adalah satu emosi berasa gelisah atau tidak senang hati. Ini kerana
memikirkan sesuatu yang tidak diingini mungkin berlaku. Perasaan bimbang lahir
apabila seseorang berasa takut atau khuatir.
7. Bangga
·
Bangga membawa maksud berasa megah atau berbesar hati apabila mendapat
kejayaan.
8. Gelisah
· Gelisah adalah perasaan tidak tenteram atau
tidak sabar kerana menantikan sesuatu. Ini juga boleh dikatakan sebagai
perasaan risau akan sesuatu dengan hati yang tidak tenang.
9.
Dihargai
·
Perasaan dihargai ditakrifkan sebagai perasaan yang menunjukkan
penghargaan dan penghormatan kepada seseorang.
10. Malu
·
Perasaan malu bermakna berasa hina dan rendah serta tidak senang apabila
telah melakukan perbuatan yang salah atau perkara yang tidak sopan.
No comments:
Post a Comment