Lelaki:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu
taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Kalau buat
tak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri, lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin.
Banyak lagi yang lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya,
seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan
lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung. (ikut kajian laa..jangan percaya sangat..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita:
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta
izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya
kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat
pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang
dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata
tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang
wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang
wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk Allah di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun Allah.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita:
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah
akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya Allah, sayangnya Allah pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di
sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu juga istimewa disisi
Allah. maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin. 0aka
dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya
kelak masing-masing dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisi-Nya..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan
janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika
kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukan-Nya hati kamu semuanya, sehingga
dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmat-Nya. (Ali-
Imran : 103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala
yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri
memberikan alasan untuk membela diri "
No comments:
Post a Comment