"....sesungguhnya zina
itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan)." Surah al-Isra', ayat 32.
Bukanlah berdua-duaan, bersentuhan di antara yang bukan
mahram itu sahaja yang dikatakan permulaan zina, tetapi sekadar lintasan
fikiran dan hati juga adalah merupakan kunci kepada zina.
Kerana itulah kita dilarang untuk bermain cinta sebelum
bernikah. Kerana ia lebih banyak membawa kesudahan yang buruk daripada yang
baik kepada hati. Manusia hanya pandai berkata-kata. Cintanya tak pernah kekal.
Sememangnya cinta itu indah. Kerana cinta itu pemberian
Ilahi. Semuanya adalah milik-Nya, termasuklah cinta. Cintailah Allah kerana Dia
adalah segalanya. Allah sentiasa menunggu cinta kita. Dialah Tuhan yang penuh
dengan cinta.
1 comment:
smoga dirimu sntiasa dilindunginya.. sory 4 everthing,.live happily bro,n owez stay on HIS way.insyALLAH..--->dolphin
Post a Comment