Friday, December 9

Change for the better

Pada satu hari, dua orang sahabat baik, Si A dan Si D, sedang dalam perjalanan ke rumah awek Si A untuk mengambil awek Si A dan kemudian pergi menonton wayang. "Wei, singgah 'klinik' jap.. aku nk mbik ubat la.." kata Si A kepada Si D. SI D pn menjwab, "Ko ni.. X abis2 nk mbik ubat.. ko tau x bnda tu tahi idong shaitan.." Si A pun, "Alah.. ko mcm x knal aku.. jom la.." Jadi, Si D pun mengalah dengan permintaan Si A. Selesai urusan di 'klinik' yang tak bertauliah, Si A pun terus menelan ubat tahi hidung shaitan tanpa meninggalkan walau sebiji pun dengan bantuan air shaitan. (pe mmber die ni mmg suka mbik brg shaitan ke? cian kt shaitan la ckit..)


Tiba-tiba kedengaran laung azan Zohor. "Jom cari surau untuk ko sembahyang."kata Si A kepada Si D. "Jap lagi la.. smpai umah awek ko, aku smbahyang la.."jawab Si D. "Cari skrang la.. berdosa doe aku.. sbb aku, ko lmbat2 nk smbahyang.."jawab Si A pula. "Abis, aku yg x lrg ko mkn pil, mnum arak, men judi.. ni ape? lg la bedosa aku, tau x.."balas Si D. "Ko dh lrg, aku je x dengar.. tp aku xpe.. aku dh mmg byk dosa.. x bleh nk tlg lg dh.."kata Si A. "Okay, aku bg satu analogi kt ko.. dengar baik2.."jawab Si D.

Si D: Aku ada duit RM50. Aku bagi kat ko. Ko nak ambik tak?
Si A: Nak!!
Si D: Aku ada duit RM50, aku renyukkan. Aku bagi kat ko. Ko nak lagi tak?
Si A: Nak la..
Si D: Aku renyuk2 pastu aku pijak2 duit RM50 ni, ko nak lagi tak?
Si A: Mesti la nak gak..
Si D: Apsal ko msih nak? kan duit tu aku dah renyuk, siap pijak lg..
Si A: Laa.. ko pijak ke, ko renyuk ke.. duit tu tetap gak nilai die RM50..
Si D: mak aih.. bijak gak ko ni.. haha..

"Haa.. ko sendri dah tau kan.. Mcm tu la kita di mata Ilahi.. X kire la ko byk buat dosa ke, yg penting ko msih nk bertaubat.. Taubat, xnak buat bnda2 cmni lg dh.. Allah tu sentiasa menerima taubat, tau x.."kata Si D lagi.

"Tapi aku segan la.. malu kot.. nnti mmber lain ckap aku berlagak baik la, ape la.." balas Si A.

"Pedulik la dgn manusia.. yg pnting pndangan Allah terhadap diri ko.. yg ko ckp segan tu, tu bukan segan.. tu sume tipu muslihat Shaitan.. kalo ko tggal kan ibadat sbb takut org ckp ko berlagak baik, x ke tu ko dh sombong dengan Allah sebab lg dengar ckp manusia dari tuntutan Allah.." jawab Si D.

"Tapi..." "dah, xde tapi2.. jom ikut aku smbahyang.."kata Si D. "Mmg la.. tapi kn aku baru minum air shaitan tdi.. kn ustaz ckp, setitis arak yg kita minum, 40 hari amalan x di terima.."kata Si A. "dh tu, ko nk tggu 40 hari kemudian? start dri skarang la.. kalo ko start 40 hari kemudian, kn ko dh lambat 40 hari amal ibadah ko.. amal aku pn blom tntu diterima.. sbb tu kita msti sntiasa beribadah, sujud kpada Allah.. kot2 bleh lekat satu daripada sploh ibadat yg ko buat.."jawab Si D pula.

p/s: Jangan pernah takut untuk berubah kembali kepada Allah kerana Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

No comments: