Friday, September 16

Kerana CINTA

Kerana CINTA, aku tinggalkan cinta.. langkah pertama yang patut aku lakukan untuk mendekati-Mu.. namun, hatiku tidak sekuat dia untuk lakukan semua ini..

Kerana CINTA, dia sering mengajakku untuk dekat kepada-Mu.. acap kali jua aku tolak ajakannya kerana lebih cintakan dunia fana ini..

Kerana CINTA, sering kali dia tinggalkan tempat tidurnya untuk menyembah kepada-Mu.. masa lapangnya, dia isikan dengan usaha untuk agama-Mu, Ya Rabb..

Kerana CINTA, seringkali aku munasabah diri.. namun kerana cinta, munasabah ku jarang disertai dengan tindakkan..

"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi." -IluvIslam.com

No comments: