Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts

Thursday, December 1

Iman

Kalau nak tahu tingginya gunung, tanyalah pada Si Enggang,
Kalau nak tahu luasnya hutan, tanyalah pada Si Belang,
Kalau nak tahu dalamnya sungai, tanalah pada Si Merang,
Kalau nak tahu sihatnya iman, tengoklah pada solat fardhu dan amal ibadahnya.

Kalau nakkan ilmu, duduklah dengan orang yang berilmu dan dalam suasana ilmu,
Kalau jahat orangnya, itu tandanya dia selalu duduk dengan ornag yang berbuat jahat dalam suasana pelakuan jahat itu berlaku.

Ibarat berkawan dengan Si Penjual Minyak Wangi. Walaupun tidak membeli minyak wangi, sedikit sebanyak bau wangi tersebut akan terlekat pada badan kita.
Berkawan dengan Si Tukang Besi. Walaupun tidak terkena percikkan bara api dan besi yang disadur, asap dan jelaganya akan terkena pada kita juga.

Nak kuatkan iman, kenalah duduk dalam suasana iman dan keluar di jalan Allah swt.

Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya sepagi atau sepetang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya."

Seorang karkun pernah bagitahu, "Manusia yang paling rugi adalah mereka yang pernah keluar di jalan Allah swt, kemudian meninggalkan perbuatan tersebut."

Suatu orang diwajibkan keluar 3 hari sebulan untuk menjaga imannya. Namun, keluar di jalan Allah swt bukanlah sekadar untuk menjaga imannya tetapi untuk melatih diri dan membina yakin dengan kekuasaan Allah swt.

Melatih diri untuk mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan menyembah Allah swt, untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw, untuk mengutamakan solat fardhu di awal waktu di tempat azan dilaungkan.

Membina yakin kepada Allah swt bahawa setiap yang terjadi adalah dengan izin Allah swt. Bahkan sehinggakan makan sekali pun, kalau Allah tidak mengizinkan makanan itu untuk mengenyangkan kita, maka tidaklah kita akan kenyang.

Sesungguhnya iman seseorang manusia itu akan bertambah atau berkurang dalam satu-satu masa.

p/s: aku nk tulis yg aku dh lme x buat bnda kluar ni.. start dari msok november arritu smpai la skrg ni.. ad je pluang tp parents x bagi, masalah bnyak melanda.. ke aku x ckup yakin lg atau hati aku msih penuh dgn kbesaran dunia.. Wallahualam.. laz2, jd cmni plak da.. hadoyai.. juz hope korang phmla msj yg aku nk smpai kan.. :p

Thursday, November 17

Solat Sunat










Antara seluruh ibadah, solat merupakan suatu ibadah yang paling penting. Pada hari kiamat, solatlah yang akan disoal terlebih dahulu selepas iman. Nabi saw bersabda, “Solat ialah pembeza antara Islam dan kufur.”

Allah swt berfirman, “Sesiapa yang memusuhi wali-wali Ku maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun dapat menghampiri Aku kecuali dengan apa-apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. (Yakni, penghampiran kepada Allah swt paling banyak dapat dihasilkan denan menunaikan segala amalan yang fardhu.) dengan perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga Aku menjadikannya kekasihKu. Kemudian Aku akan menjadi telinganya yang dia akan mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang dia akan melihat dengan mata itu. Aku akan menjadi tangannya yang dia akan memegang dengan tangan itu. Aku akan menjadi kakinya yang dia akan berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu daripadaKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripadaKu terhadap ssuatu, pasti Aku akan melindunginya.” [Jam’ul-Fawaid]

Maksud ‘menjadi mata dan telinga...’ ialah penglihatan, pendengaran dan pergerakannya akan mengikut kesukaan Allah swt dan tidak ada satu perkara pun yang akan brlaku bertentangan dengan keredhaan Allah swt.

Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufik untuk memperbanyakkan amalan sunat setelah menunaikan amalan fardhu dan seterusnya mendapat kelebihan ini. Semoga Allah swt dengan limpahanNya, mengurniakan kelebihan ini kepada saya dan rakan-rakan sekalian.


Wednesday, November 16

Dua Orang


Dari Sahal Bin saad r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki lalu dihadapan baginda Rasulullah saw. Lantas baginda saw bertanya kepada seorang sahabat yang berhampiran dengan beliau, "Bagaiman pandangan kamu mengenai orang ini?"

Sahabat itu berkata, "Dia seorang bangsawan, jika dia meminang seorang wanita untuk dinikahi nescaya pinangannya akan diterima. Dan sekiranya dia memberi sokongan nescaya sokongannya diterima."

Kemudian berlalu seorang lagi lelaki lagi, lalu Rasulullah saw. Rasulullah saw bertanya tentang orang itu juga. Sahabat telah menjawab, “Dia seorang Islam yang miskin. Sekiranya dia meminang seorang perempuan untuk dinikahi nescaya pinangannya akan ditolak. Sekiranya diminta memberikan sokongan, nescaya sokongannya ditolak. Sekiranya dia bercakap, tiada sesiapa yang mahu mendengarnya.”

Kemudian baginda Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya orang (miskin) ini adalah lebih baik daripada seluruh dunia dipenuhi dengan orang seumpama (bangsawan) itu.’ (Hadith riwayat Bukhari)

Maksudnya hanya dengan kemuliaan dunia tidak membawa apa-apa erti di sisi Allah swt. Seorang muslim yang miskin yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan di sisi dunia, suaranya tidak didengari di mana-mana pun, ialah lebih baik di sisi Allah swt daripada puluhan mereka yang ulia yang perkataannya dipandang mulia di seluruh dunia, dan semua orang sedia mendengar dan mematuhi kedudukannya. Sebaliknya Allah swt mereka tidak mempunyai sebarang kedudukan pun. Kekalnya dunia ini pun kerana keberkatan ahlullah (orang yang hampir dengan Allah swt.) Kenyataan ini turut terdapat dalam hadith.

Pada hari apabila tidak wujud lagi orang yang menyebut nama Allah swt, kiamat akan berlaku dan kewujudan dunia akan berakhir. Hanya dengan berkat nama Allah swt seluruh peraturan dunia masih kekal.

p/s: Bersyukurlah sekiranya kita masih menghadapi ujian dari Allah swt.