Wednesday, November 16

Dua Orang


Dari Sahal Bin saad r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki lalu dihadapan baginda Rasulullah saw. Lantas baginda saw bertanya kepada seorang sahabat yang berhampiran dengan beliau, "Bagaiman pandangan kamu mengenai orang ini?"

Sahabat itu berkata, "Dia seorang bangsawan, jika dia meminang seorang wanita untuk dinikahi nescaya pinangannya akan diterima. Dan sekiranya dia memberi sokongan nescaya sokongannya diterima."

Kemudian berlalu seorang lagi lelaki lagi, lalu Rasulullah saw. Rasulullah saw bertanya tentang orang itu juga. Sahabat telah menjawab, “Dia seorang Islam yang miskin. Sekiranya dia meminang seorang perempuan untuk dinikahi nescaya pinangannya akan ditolak. Sekiranya diminta memberikan sokongan, nescaya sokongannya ditolak. Sekiranya dia bercakap, tiada sesiapa yang mahu mendengarnya.”

Kemudian baginda Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya orang (miskin) ini adalah lebih baik daripada seluruh dunia dipenuhi dengan orang seumpama (bangsawan) itu.’ (Hadith riwayat Bukhari)

Maksudnya hanya dengan kemuliaan dunia tidak membawa apa-apa erti di sisi Allah swt. Seorang muslim yang miskin yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan di sisi dunia, suaranya tidak didengari di mana-mana pun, ialah lebih baik di sisi Allah swt daripada puluhan mereka yang ulia yang perkataannya dipandang mulia di seluruh dunia, dan semua orang sedia mendengar dan mematuhi kedudukannya. Sebaliknya Allah swt mereka tidak mempunyai sebarang kedudukan pun. Kekalnya dunia ini pun kerana keberkatan ahlullah (orang yang hampir dengan Allah swt.) Kenyataan ini turut terdapat dalam hadith.

Pada hari apabila tidak wujud lagi orang yang menyebut nama Allah swt, kiamat akan berlaku dan kewujudan dunia akan berakhir. Hanya dengan berkat nama Allah swt seluruh peraturan dunia masih kekal.

p/s: Bersyukurlah sekiranya kita masih menghadapi ujian dari Allah swt.


No comments: