Thursday, November 17

Solat Sunat










Antara seluruh ibadah, solat merupakan suatu ibadah yang paling penting. Pada hari kiamat, solatlah yang akan disoal terlebih dahulu selepas iman. Nabi saw bersabda, “Solat ialah pembeza antara Islam dan kufur.”

Allah swt berfirman, “Sesiapa yang memusuhi wali-wali Ku maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun dapat menghampiri Aku kecuali dengan apa-apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. (Yakni, penghampiran kepada Allah swt paling banyak dapat dihasilkan denan menunaikan segala amalan yang fardhu.) dengan perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga Aku menjadikannya kekasihKu. Kemudian Aku akan menjadi telinganya yang dia akan mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang dia akan melihat dengan mata itu. Aku akan menjadi tangannya yang dia akan memegang dengan tangan itu. Aku akan menjadi kakinya yang dia akan berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu daripadaKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripadaKu terhadap ssuatu, pasti Aku akan melindunginya.” [Jam’ul-Fawaid]

Maksud ‘menjadi mata dan telinga...’ ialah penglihatan, pendengaran dan pergerakannya akan mengikut kesukaan Allah swt dan tidak ada satu perkara pun yang akan brlaku bertentangan dengan keredhaan Allah swt.

Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufik untuk memperbanyakkan amalan sunat setelah menunaikan amalan fardhu dan seterusnya mendapat kelebihan ini. Semoga Allah swt dengan limpahanNya, mengurniakan kelebihan ini kepada saya dan rakan-rakan sekalian.


No comments: