Friday, September 23

Cinta


"....sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." Surah al-Isra', ayat 32.

Bukanlah berdua-duaan, bersentuhan di antara yang bukan mahram itu sahaja yang dikatakan permulaan zina, tetapi sekadar lintasan fikiran dan hati juga adalah merupakan kunci kepada zina.

Kerana itulah kita dilarang untuk bermain cinta sebelum bernikah. Kerana ia lebih banyak membawa kesudahan yang buruk daripada yang baik kepada hati. Manusia hanya pandai berkata-kata. Cintanya tak pernah kekal.

Sememangnya cinta itu indah. Kerana cinta itu pemberian Ilahi. Semuanya adalah milik-Nya, termasuklah cinta. Cintailah Allah kerana Dia adalah segalanya. Allah sentiasa menunggu cinta kita. Dialah Tuhan yang penuh dengan cinta.




1 comment:

Anonymous said...

smoga dirimu sntiasa dilindunginya.. sory 4 everthing,.live happily bro,n owez stay on HIS way.insyALLAH..--->dolphin