Sunday, October 23

Favorite Past time

Banyak benda yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa lapang.. Di sini, saya cadangkan pembaca mengisi masa lapang dengan membaca.. membaca bukan saja boleh menambah ilmu pengetahuan bahkan boleh membantu untuk mengukuhkan iman kita yang sedia rapuh.. namun, membaca sahaja tiada guna kalau ilmu tidak diamalkan.. buku yang saya cadangkan untuk anda baca adalah:

1. Al-Quran
Al-Quran (or as I would call it 'Compilation of Allah Love Letter')
Obviously, banyak yang tahu mengenai kelebihan membaca Al-Quran namun bayak juga yang meninggalkan membaca Al-Quran sedangkan terdapat banyak kelebihan dan pahal dalam membaca Al-Quran.

Hazrat 'Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Seseorang yang ahli dalam membaca Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang mmbaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran." (Hadith riwaayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan ibnu Majah)


2. Muntakhab Hadith
Muntakhab Hadith karya Maulana Yusuff
Buku ini mengenai 6 sifat para sahabat Rasululah S.A.W iaitu:
1. Khalimah toyyibah (Lailaiha illallah, Muhamadar rasulullah)
2. Solat khuyu' khudu' (solat diawal waktu dimana azan dilaungkan secara berjemaah)
3. Ilmu dan zikir
4. Ikramul Muslimin (memuliakan sesama muslim dan tunaikan hak-hak saudara kita tanpa meminta balasan)
5. Ikhlas niat
6. Dakwah dan tabligh (Keluar di jalan Allah untuk mengekalkan hidayah dalam diri dan menjadi asbab turunya hidayah)


3. Fadhilat Amal
Fadhilat Amal karya Maulana Zakariya
 Karya ini memfokuskan kepada 5 amal iaitu:
1. Mesyuarat/ Fikir
2. Usaha harian
3. Taklim (bacaan hadith)
4. Ziarah (gasyt)
5. Keluar di jalan Allah

So, penuhilah masa-masa kita yang singkat dengan amalan yang baik-baik semoga kita mendapat keredhaan Ilahi.. buku-buku ini mengajar kita untuk mengikut sunah Nabi dan amalan para Sahabat.. bak kata orang kita, "Kalau nak berjaya, bergaullah dengan orang yang berjaya." kalau nak dapat keredhaan Allah, ikutlah sunnah Nabi dan amalan para Sahabat.


p/s: nanti saya akan postkan mengenai 6 sifat para Sahabat dan 5 amal.. selamat beramal..

No comments: