Ilmu
Maksudnya : Pengetahuan
Maksud dan tujuannya :
• Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah
Allah swt dan yang mana larangan Nya.
• Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan
yang mana Haram.
• Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat
dan yang mana Makruh.
Kelebihan atau keutamaanya :
• Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti
syaitan dari pada 1000 orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar
menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia
kembali.
• Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka
Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga.
Cara untuk mendapatkannya :
Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
• Ilmu Masail kita belajar dengan ulama-ulama, tok kiyai,
ustaz mursyid, guru-guru Agama dan sebagainya.
• Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku
agama seperti buku Fadilat Amal dll.
• Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di
seluruh alam.
• Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat
ilmu ini didalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.
Zikir
Maksudnya : Ingat kepada Allah swt.
Maksud dan tujuannya :
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat
dan keadaan.
Kelebihan atau keutamaanya :
• Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup
disisi Allah.
• Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti
orang yang mati disisi Allah.
• Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan
berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Cara untuk mendapatkannya :
• Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita
berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .
• Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan
300 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar.
Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
• 100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah
wallahhu akhbar). Tanda cinta kita kepada Allah swt.
• 100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali
muhammad). Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.
• 100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim). Tanda cinta kita
kepada diri kita.
• Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita
diseluruh alam.
• Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat
zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.
No comments:
Post a Comment