Antara seluruh ibadah, solat merupakan suatu ibadah yang
paling penting. Pada hari kiamat, solatlah yang akan disoal terlebih dahulu
selepas iman. Nabi saw bersabda, “Solat ialah pembeza antara Islam dan kufur.”
Allah swt berfirman, “Sesiapa yang memusuhi wali-wali Ku maka
Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun dapat menghampiri
Aku kecuali dengan apa-apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. (Yakni,
penghampiran kepada Allah swt paling banyak dapat dihasilkan denan menunaikan
segala amalan yang fardhu.) dengan perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu
akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga Aku menjadikannya kekasihKu. Kemudian
Aku akan menjadi telinganya yang dia akan mendengar dengan telinga itu. Aku
akan menjadi matanya yang dia akan melihat dengan mata itu. Aku akan menjadi
tangannya yang dia akan memegang dengan tangan itu. Aku akan menjadi kakinya
yang dia akan berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu
daripadaKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripadaKu
terhadap ssuatu, pasti Aku akan melindunginya.” [Jam’ul-Fawaid]
Maksud ‘menjadi mata dan telinga...’ ialah penglihatan,
pendengaran dan pergerakannya akan mengikut kesukaan Allah swt dan tidak ada
satu perkara pun yang akan brlaku bertentangan dengan keredhaan Allah swt.
Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufik untuk memperbanyakkan amalan sunat setelah menunaikan amalan fardhu dan seterusnya mendapat kelebihan ini. Semoga Allah swt dengan limpahanNya, mengurniakan kelebihan ini kepada saya dan rakan-rakan sekalian.
No comments:
Post a Comment