Maksudnya : Keluar di jalan Allah swt.
Maksud dan tujuannya :
Untuk mengekalkan hidayah di dalam diri kita dan menjadikan
asbab turunnya hidayah ke seluruh alam.
Rasulullah saw bersabda :
“Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama
fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang dijalan Allah lebih baik
daripada dunia dan isinya.
“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”
Maksudnya : Sesaat dijalan Allah lebih baik daripada 50 kali
haji.
Kelebihan atau keutamaannya :
·
Debu-debu yang melekat pada badan orang yang keluar
dijalan Allah tidak akan terkena walau asap api neraka.
·
Malaikat membentangkan sayap mereka untuk orang
yang keluar dijalan Allah.
·
Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki
dengan bumi yang dipijak oleh orang yang keluar dijalan Allah.
·
Semua makhluk baik di darat, laut ataupun udara
akan berzikir kepada Allah untuk orang yang keluar dijalan Allah.
·
Sesaat berfikir tentang agama Allah lebih baik
daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.
·
Satu perkataan dakwah lebih baik daripada satu
tahun ibadah sunat.
Cara untuk mendapatkannya :
1.
Korban diri, masa, harta, dan wang ringgit untuk
keluar dijalan Allah.
2.
Hendaklah keluar di jalan Allah :
a. Seumur hidup 4 bulan.
b. Setahun 40 hari.
c. Setiap bulan 3 hari.
3.
Hendaklah hidupkan musyawarah harian.
4.
Hendaklah hidupkan gasyt 1 dan gasyt 2.
5.
Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim
Masjid.
6.
Hendaklah hidupkan 2 setengah jam.
7.
Hendaklah hadir pada malam markas.
8.
Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan.
9.
Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada
jemaah yang datang.
Saya berazam untuk mengamalkannya .
Bagaimana dengan anda? Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment