Dari Sahal Bin saad r.a meriwayatkan bahawa satu ketika
seorang lelaki lalu dihadapan baginda Rasulullah saw. Lantas baginda saw
bertanya kepada seorang sahabat yang berhampiran dengan beliau, "Bagaiman
pandangan kamu mengenai orang ini?"
Sahabat itu berkata, "Dia seorang bangsawan, jika dia
meminang seorang wanita untuk dinikahi nescaya pinangannya akan diterima. Dan
sekiranya dia memberi sokongan nescaya sokongannya diterima."
Kemudian berlalu seorang lagi lelaki lagi, lalu Rasulullah
saw. Rasulullah saw bertanya tentang orang itu juga. Sahabat telah menjawab, “Dia
seorang Islam yang miskin. Sekiranya dia meminang seorang perempuan untuk
dinikahi nescaya pinangannya akan ditolak. Sekiranya diminta memberikan
sokongan, nescaya sokongannya ditolak. Sekiranya dia bercakap, tiada sesiapa
yang mahu mendengarnya.”
Kemudian baginda Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya
orang (miskin) ini adalah lebih baik daripada seluruh dunia dipenuhi dengan
orang seumpama (bangsawan) itu.’ (Hadith riwayat Bukhari)
Maksudnya hanya dengan kemuliaan dunia tidak membawa apa-apa
erti di sisi Allah swt. Seorang muslim yang miskin yang tidak mempunyai apa-apa
kedudukan di sisi dunia, suaranya tidak didengari di mana-mana pun, ialah lebih
baik di sisi Allah swt daripada puluhan mereka yang ulia yang perkataannya
dipandang mulia di seluruh dunia, dan semua orang sedia mendengar dan mematuhi
kedudukannya. Sebaliknya Allah swt mereka tidak mempunyai sebarang kedudukan
pun. Kekalnya dunia ini pun kerana keberkatan ahlullah (orang yang hampir
dengan Allah swt.) Kenyataan ini turut terdapat dalam hadith.
Pada hari apabila tidak wujud lagi orang yang menyebut nama
Allah swt, kiamat akan berlaku dan kewujudan dunia akan berakhir. Hanya dengan
berkat nama Allah swt seluruh peraturan dunia masih kekal.
p/s: Bersyukurlah sekiranya kita masih menghadapi ujian dari
Allah swt.
No comments:
Post a Comment