Maksudnya : Niat yang ikhlas.
Maksud dan tujuanya :
Beramal dan berbuat sesuatu hanya
semata-mata kerana Allah swt.
Kelebihan atau keutamaanya :
- Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
- Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia saja.
Cara untuk mendapatkannya :
- Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.
- Hendaklah da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
- Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.
No comments:
Post a Comment