Hakikat Kalimah Toyyibah : “Laailaha illallah, Muhammadur
rasulullah”
Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah
Amal:
1.
Kalimah Iman adalah Laailahailallah.
Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah
Maksud dan tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan didalam diri kita dan
memasukan kebesaran Allah ke dalam hati kita.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
dengan kalimah laailahailallah, maka lebih berat kalimah laailahailallah kerana
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan hancur pada hari kiamat
sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.
Rasulullah saw bersabda :
“man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal
jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang di akhir hayatnya, keluar dari
lidahnya kalimah laailahailallah wajib masuk syurga.
Cara untuk mendapatkannya :
- Hendaklah melaksanakan
segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
- Hendaklah memperbanyak
mengucakan kalimah laailahailallah.
- Hendaklah dakwahkan
kalimah laailahailallah kepada saudara kita di seluruh alam.
- Hendaklah berdoa agar
Allah swt tanamkan Hakikat Iman di dalam diri kita serta di dalam diri
saudara kita di seluruh alam.
2.
Kalimah Amal iaitu : Muhammadarasulullah.
Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.
Maksud dan tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia
ini, cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah S.A.W.
Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah SAW :
“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil
jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku bererti
ia cinta kepadaku dan barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk
syurga bersamaku.
Sabda Rasulullah SAW :
“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru
miiyati sayyid.”
Maksudnya : Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah
satu sunnahku di zaman yang fasad (kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan
ganjaran seratus pahala mati syahid.
Cara untuk mendapatkannya :
- Hendaklah memperbanyak
selawat atas Nabi S.A.W.
- Hendaklah menghidupkan
sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri di jalan, hingga
sunnah yang terbesar iaitu berdakwah.
- Hendaklah dakwahkan amal
ini kepada saudara kita di seluruh alam.
- Hendaklah berdoa agar Allah
S.W.T tanamkan Hakikat Amal di dalam diri kita serta diri saudara kita
di seluruh alam.
No comments:
Post a Comment