Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Thursday, December 1

Iman

Kalau nak tahu tingginya gunung, tanyalah pada Si Enggang,
Kalau nak tahu luasnya hutan, tanyalah pada Si Belang,
Kalau nak tahu dalamnya sungai, tanalah pada Si Merang,
Kalau nak tahu sihatnya iman, tengoklah pada solat fardhu dan amal ibadahnya.

Kalau nakkan ilmu, duduklah dengan orang yang berilmu dan dalam suasana ilmu,
Kalau jahat orangnya, itu tandanya dia selalu duduk dengan ornag yang berbuat jahat dalam suasana pelakuan jahat itu berlaku.

Ibarat berkawan dengan Si Penjual Minyak Wangi. Walaupun tidak membeli minyak wangi, sedikit sebanyak bau wangi tersebut akan terlekat pada badan kita.
Berkawan dengan Si Tukang Besi. Walaupun tidak terkena percikkan bara api dan besi yang disadur, asap dan jelaganya akan terkena pada kita juga.

Nak kuatkan iman, kenalah duduk dalam suasana iman dan keluar di jalan Allah swt.

Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya sepagi atau sepetang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya."

Seorang karkun pernah bagitahu, "Manusia yang paling rugi adalah mereka yang pernah keluar di jalan Allah swt, kemudian meninggalkan perbuatan tersebut."

Suatu orang diwajibkan keluar 3 hari sebulan untuk menjaga imannya. Namun, keluar di jalan Allah swt bukanlah sekadar untuk menjaga imannya tetapi untuk melatih diri dan membina yakin dengan kekuasaan Allah swt.

Melatih diri untuk mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan menyembah Allah swt, untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw, untuk mengutamakan solat fardhu di awal waktu di tempat azan dilaungkan.

Membina yakin kepada Allah swt bahawa setiap yang terjadi adalah dengan izin Allah swt. Bahkan sehinggakan makan sekali pun, kalau Allah tidak mengizinkan makanan itu untuk mengenyangkan kita, maka tidaklah kita akan kenyang.

Sesungguhnya iman seseorang manusia itu akan bertambah atau berkurang dalam satu-satu masa.

p/s: aku nk tulis yg aku dh lme x buat bnda kluar ni.. start dari msok november arritu smpai la skrg ni.. ad je pluang tp parents x bagi, masalah bnyak melanda.. ke aku x ckup yakin lg atau hati aku msih penuh dgn kbesaran dunia.. Wallahualam.. laz2, jd cmni plak da.. hadoyai.. juz hope korang phmla msj yg aku nk smpai kan.. :p

Thursday, November 17

Solat Sunat










Antara seluruh ibadah, solat merupakan suatu ibadah yang paling penting. Pada hari kiamat, solatlah yang akan disoal terlebih dahulu selepas iman. Nabi saw bersabda, “Solat ialah pembeza antara Islam dan kufur.”

Allah swt berfirman, “Sesiapa yang memusuhi wali-wali Ku maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun dapat menghampiri Aku kecuali dengan apa-apa yang Aku telah fardhukan kepadanya. (Yakni, penghampiran kepada Allah swt paling banyak dapat dihasilkan denan menunaikan segala amalan yang fardhu.) dengan perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga Aku menjadikannya kekasihKu. Kemudian Aku akan menjadi telinganya yang dia akan mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang dia akan melihat dengan mata itu. Aku akan menjadi tangannya yang dia akan memegang dengan tangan itu. Aku akan menjadi kakinya yang dia akan berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu daripadaKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripadaKu terhadap ssuatu, pasti Aku akan melindunginya.” [Jam’ul-Fawaid]

Maksud ‘menjadi mata dan telinga...’ ialah penglihatan, pendengaran dan pergerakannya akan mengikut kesukaan Allah swt dan tidak ada satu perkara pun yang akan brlaku bertentangan dengan keredhaan Allah swt.

Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufik untuk memperbanyakkan amalan sunat setelah menunaikan amalan fardhu dan seterusnya mendapat kelebihan ini. Semoga Allah swt dengan limpahanNya, mengurniakan kelebihan ini kepada saya dan rakan-rakan sekalian.


Wednesday, November 16

Dua Orang


Dari Sahal Bin saad r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki lalu dihadapan baginda Rasulullah saw. Lantas baginda saw bertanya kepada seorang sahabat yang berhampiran dengan beliau, "Bagaiman pandangan kamu mengenai orang ini?"

Sahabat itu berkata, "Dia seorang bangsawan, jika dia meminang seorang wanita untuk dinikahi nescaya pinangannya akan diterima. Dan sekiranya dia memberi sokongan nescaya sokongannya diterima."

Kemudian berlalu seorang lagi lelaki lagi, lalu Rasulullah saw. Rasulullah saw bertanya tentang orang itu juga. Sahabat telah menjawab, “Dia seorang Islam yang miskin. Sekiranya dia meminang seorang perempuan untuk dinikahi nescaya pinangannya akan ditolak. Sekiranya diminta memberikan sokongan, nescaya sokongannya ditolak. Sekiranya dia bercakap, tiada sesiapa yang mahu mendengarnya.”

Kemudian baginda Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya orang (miskin) ini adalah lebih baik daripada seluruh dunia dipenuhi dengan orang seumpama (bangsawan) itu.’ (Hadith riwayat Bukhari)

Maksudnya hanya dengan kemuliaan dunia tidak membawa apa-apa erti di sisi Allah swt. Seorang muslim yang miskin yang tidak mempunyai apa-apa kedudukan di sisi dunia, suaranya tidak didengari di mana-mana pun, ialah lebih baik di sisi Allah swt daripada puluhan mereka yang ulia yang perkataannya dipandang mulia di seluruh dunia, dan semua orang sedia mendengar dan mematuhi kedudukannya. Sebaliknya Allah swt mereka tidak mempunyai sebarang kedudukan pun. Kekalnya dunia ini pun kerana keberkatan ahlullah (orang yang hampir dengan Allah swt.) Kenyataan ini turut terdapat dalam hadith.

Pada hari apabila tidak wujud lagi orang yang menyebut nama Allah swt, kiamat akan berlaku dan kewujudan dunia akan berakhir. Hanya dengan berkat nama Allah swt seluruh peraturan dunia masih kekal.

p/s: Bersyukurlah sekiranya kita masih menghadapi ujian dari Allah swt.


Tuesday, November 15

Sifat Takutkan Allah SWT


Susah bagi  kta merangkumi semua ayat Al-Quran, hadith Nabi SAW dan para ahlullah tentang sifat takutkan Allah SWT. Walaubagaimanapun, secara ringkasnya kita perlu memahami bahawa anak kunci untuk sampai kepada setiap kesempurnaan dalam agama ialah sifat takutkan Allah SWT. Nabi SAW bersabda, "Tunjang kebijaksanaan ialah sifat takutkan Allah SWT.".
            Hazrat Abdullah Bin Umar r.a selalu menangis sehingga matanya menjadi rosak. Pada suatu hari seseorang telah ternampak beliau sedang menangis, maka Hazrat Abdullah bertanya, “Adakah kamu hairan dengan tangisanku? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah SWT.”
            Pada suatu ketika yang lain berlaku peristiwa seumpama ini, beliau berkata, “Bulan pun menangis kerana takutkan Allah SWT.” Rasulullah SAW telah lalu berhampiran dengan seorang sahabat yang muda. Beliau sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai kepada ayat yang bermaksud, “ Selain itu (sungguh ngeri) tatkala langit pecah-belah lalu menjadi merah mawar, berkilat seperti minyak.” (Ar-Rahman: 37), bulu romanya berdiri tegak, beliau menangis teresak-esak sehingga sesak nafasnya sambil berkata, “Apakah yang akan terjadi kepadaku pada hari yang langit pun akan terbelah (hari kiamat)? Binasalah diriku.” Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Malaikat pun turut menangis kerana tangisanmu itu.”
            Setelah bersolat tahajjud seorang sahabat Ansari r.a duduk dan menangis sambil berkata, “Hanya kepada Allah SWT aku merayu agar diselamatkan daripada neraka jahanam.” Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini, kamu telah menyebabkan para malaikat pun turut menangis.”
            Pada suatu ketika seorang sahabat Hazrat Abdullah Rawahah r.a telah menangis. Melihat keadaanya, isterinya pun turut menangis. Hazrat Abdullah Bin Rawahah r.a bertanya, “Apakah perkara yang telah menyebabkan engkau menangis?” Beliau selanjutnya berkata, “Aku menangis kerana memikirkan keadaan kita mesti melalui neraka jahanam. Aku tidak tahu sama ada aku dapat melepasi laluan itu ataupun terjatuh ke dalam neraka.” (Qiamullail)
            Hazrat Zurarah Bin Aufa r.a sedang mengimami solat di masjid. Apabila bacaanya samapai pada ayat yang bermaksud, “... apabila telah ditiup sangkakala maka yang demikian itu ialah waktu yang sulit.” (Al-Muddathir: Ayat 8 & 9). Beliau terus rebah langusng meninggal dunia. Orang ramai telah mengangkat dan membawa beliau ke rumah.
            Sekali peristiwa Hazrat Khulaid rah. Sedang mendirikan solat. Apabila tiba pada ayat yang bermaksud, “Tiap-tiap yang brnyawa akan merasai mati kemudian kamu semua akan dikembalikan kepada Kami.” Beliau mula mengulangi ayat itu berkali-kali. Selepas seketika, kedengaran satu suara dari satu penjuru rumah, “Berapa kali kamu hendak mengulangi ayat itu? Oleh sebab kamu mengulangi ayat itu berkali-kali maka empat jin telah mati.”
            Banyak kisah seumpama ini telah diriwayatkan. Hazrat Fudhail rah. Ialah seorang ahlullah yang masyhur. Beliau berkata, “Takutkan Allah SWT akan menunjukkan jalan ke arah setiap kebaikan.”
            Dalam satu hadith qudsi, Allah SWT berfirman, “Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan keoada seseorang hambaKu dan Aku tidak memberikan dua kelapangan fikiran kepada seseorang hamba. Sekiranya seseorang seseorang itu tidak takut kepadaKu di dunia ini, maka Aku akan membuatkan dia takut di akhirat nanti. Sekiranya di dunia ini dia sentiasa takut kepadaKu maka Aku akan menyelamatkannya daripada daripada segala ketakutan.”
            Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang takutkan Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya, dan sesiapa yang takutkan sesuatu selain daripada Allah SWT maka semua makhluk akan menakutkannya.”
            Nabi SAW bersabda, “Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah SAW walau sebesar kepala lalat maka Allah SWT akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka.”
            Seorang sahabat Hazrat Uqbah Bin Amir r.a telah bertanya kepad Nabi SAW, “Apakah jalan keselamatan?” Nabi SAW bersabda, “Jagalah lidahmu, duduklah di dalam rumah dan tangisilah terhadap dosa-dosamu.”
            Hazrat Abu Bakar As-Siddiq r.a berkata, “Sesiapa yang boleh menangis maka hendaklah dia menangis dan sesiapa yang tidak boleh menangis maka hendaklah dia buat-buat menangis.”
            Diriwayatkan mengenai Hazrat Muhammad Bin Munkadir rah. Apabila beliau menangis beliau air mata ke muka dan janggutnya sambil berkata, “Ada riwayat yang sampai kepadaku bahawa api neraka tidak akan menyentuh bahagian yang terkena air mata.”
            Terdapat banyak kata-kata hikmat yang menunjukkan kpada kita bahawa tangisan, mengingati Allah SWT dan mengenangkan dosa-dosa ialah penawar yang berkesan dan sangat penting lagi berfaedah. Apabila merenungkan dosa-dosa kita maka keadaan sedemikianlah yang sepatutnya berlaku. Di samping itu penting untuk memastikan supaya tidak ada kekurangannya dalam harapan kepada rahmat dan kurniaan Allah SWT. Pastinya rahmat Allah SWT mengliputi segala sesuatu.
            Apabila Imam Ahmad Bin Hambal rah. Hampir meninggal dunia, beliau telah memanggil anaknya dan berkata, “Perdengarkanlah kepadaku hadith-hadith yang menambahkan harapan kepada Allah SWT.”

p/s: Fikir-fikirkanlah, wahai sahabat.

Friday, November 11

6 Sifat Sahabat: 6. Hakikat Khuruj Fisabilillah

Maksudnya : Keluar di jalan Allah swt.

Maksud dan tujuannya :
Untuk mengekalkan hidayah di dalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke seluruh alam.

Rasulullah saw bersabda :
“Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang dijalan Allah lebih baik daripada dunia dan isinya.

“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”
Maksudnya : Sesaat dijalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.

Kelebihan atau keutamaannya :
·         Debu-debu yang melekat pada badan orang yang keluar dijalan Allah tidak akan terkena walau asap api neraka.
·         Malaikat membentangkan sayap mereka untuk orang yang keluar dijalan Allah.
·         Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang keluar dijalan Allah.
·         Semua makhluk baik di darat, laut ataupun udara akan berzikir kepada Allah untuk orang yang keluar dijalan Allah.
·         Sesaat berfikir tentang agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.
·         Satu perkataan dakwah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.

Cara untuk mendapatkannya :
1.    Korban diri, masa, harta, dan wang ringgit untuk keluar dijalan Allah.
2.    Hendaklah keluar di jalan Allah :
a.   Seumur hidup 4 bulan.
b.   Setahun 40 hari.
c.   Setiap bulan 3 hari.
3.    Hendaklah hidupkan musyawarah harian.
4.    Hendaklah hidupkan gasyt 1 dan gasyt 2.
5.    Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim Masjid.
6.    Hendaklah hidupkan 2 setengah jam.
7.    Hendaklah hadir pada malam markas.
8.    Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan.
9.    Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang.


Saya berazam untuk mengamalkannya .
Bagaimana dengan anda? Fikir-fikirkanlah.

6 Sifat Sahabat: 5. Hakikat Ikhlas Niat


Maksudnya : Niat yang ikhlas.

Maksud dan tujuanya :
Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana Allah swt.

Kelebihan atau keutamaanya :

  1. Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
  2. Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia saja.

Cara untuk mendapatkannya :

  1. Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.
  2. Hendaklah da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  3. Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

Thursday, November 10

Praise To Allah S.W.T

Alhamdulillah.. All the hard part in exam had just finished.. Now, I can put my mind at ease and blogging.. 2 more papers left.. Maths 1 and maths 2.. come next week, is the hardest part.. haha.. It will be difficult but I won't give up just yet and I do love Maths.. Pray for us..


Wait.. Do you guys know about the 'Queer Without Fear' event? The 'Seksualiti Merdeka' @ 'Sexuality Independence' thing? This thingy has started yesterday, Wednesday Nov 9th.. The purpose of the event is to demand for equal right and human dignities not just for ourselves, but also those who are different, whether straight, gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual, unsure or simply fabulous.



Sexuality Independence is Malaysia’s only festival celebrating the human rights of people of diverse sexual orientations and gender identities. It is organised by a loose coalition of NGOs, artists, activists and individuals, and has been held annually since 2008.

Why did such thing happen? Because of the so called 'human right' and 'dignity'. But is there really 'dignity' in what you are doing?

In the name of Allah, what is your right to defy the Law of Allah? It's forbidden for a man to be or dress like a women and vice versa, not to mention being a gay, lesbian, bisexual, transgender or anything that defy the nature of human himself.

Meaning:
Exalted is He who created all pairs - from what the earth grows and from themselves and from that which they do not know. (Yassin 36:36)

Allahuakbar! Try to create and live in your own Earth if you want to defy the Law of Allah..

p/s: please, to those out there.. if you had any opinion on this matter, share it with me.. thanks.. peace out, y'all..

Wednesday, November 9

6 Sifat Sahabat: 4. Hakikat Iqramul Muslimin


Maksudnya : Memuliakan sesama muslim.

Maksud dan tujuan :
Tunaikan hak-hak saudara kita tanpa kita meminta imbalan.

Kelebihan atau keutamaannya :
• Barang siapa yang menutupi aib saudaranya, maka Allah swt akan menutupi aibnya didunia dan akhirat. Dan Allah swt akan menolongnya selagi dia selalu menolong sesama muslim.
• Barang siapa yang tunaikan hak-hak saudaranya, maka Allah swt akan memberi 73 hasanah, yang mana 1 hasanah diberikan didunia ini manakala 72 lagi diberikan di akhirat nanti.

Cara untuk mendapatkannya :
• Hendaklah memuliakan orang tua kita, alim-ulama, tok kiyai & guru agama.
• Hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari pada kita.
• Hendaklah menghargai orang yang sebaya dengan kita.
• Hendaklah menyayangi orang yang lebih muda dari pada kita.
• Hendaklah kita da’wahkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini kepada saudara kita di seluruh alam.
• Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan ‘hakikat iqram wal muslimin’ ini di dalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.

Tuesday, November 8

6 Sifat Sahabat: 3. Hakikat Ilmu & Zikir


Ilmu
Maksudnya : Pengetahuan

Maksud dan tujuannya :
• Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah Allah swt dan yang mana larangan Nya.
• Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang mana Haram.
• Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang mana Makruh.

Kelebihan atau keutamaanya :
• Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 1000 orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia kembali.
• Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga.

Cara untuk mendapatkannya :
Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail.
• Ilmu Masail kita belajar dengan ulama-ulama, tok kiyai, ustaz mursyid, guru-guru Agama dan sebagainya.
• Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku Fadilat Amal dll.
• Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam.
• Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.


Zikir
Maksudnya : Ingat kepada Allah swt.

Maksud dan tujuannya :
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan.

Kelebihan atau keutamaanya :
• Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah.
• Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi Allah.
• Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.

Cara untuk mendapatkannya :
• Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri .
• Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan 300 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar.
Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
• 100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar). Tanda cinta kita kepada Allah swt.
• 100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad). Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw.
• 100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim). Tanda cinta kita kepada diri kita.
• Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.
• Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.

Sunday, November 6

6 Sifat Sahabat: 2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’


Solat
Maksudnya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta)

Khusyu’
Maksudnya : Kosentrasi

Khudu’
Maksudnya : Tertib

Tertib dibahagi tiga :
1. Tertib Waktu, iaitu solat diawal waktu.
2. Tertib Tempat, solat dimana azan diazankan iaitu di Masjid.
3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjamaah.

Maksud dan tujuaannya :
1.    Sifat-sifat didalam solat kita bawa kedalam kehidupan kita sehari-hari.
2.    Jika di dalam solat kita tutup aurat, maka di luar solat pun kita hendaklah menutup aurat.
3.    Dalam solat kita menundukan pandangan, maka diluar solat pun kita hendaklah menundukan pandangan.
4.    Dalam solat kita mengucapkan salam, maka diluar solat juga hendaklah kita mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah s.a.w :
Barang siapa yang menjaga solatnya lima waktu siang dan malam selama 40 hari berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan mendapatkan 2 kebebasan :
1. Terbebas dari siksa kubur,
2. Terbebas dari sifat munafik.

Barang siapa yang menjaga solatnya, maka Allah swt akan memberi 5 jaminan :
1. Akan diberi Keberkatan rezeki.
2. Akan diselamatkan dari siksa kubur.
3. Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan.
4. Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat.
5. Akan masuk syurga tanpa hisab.

Cara untuk mendapatkannya:
1.    Hendaklah solat di awal waktu, berjemaah, di mana azan diazankan (Masjid).
2.    Hendaklah solat di sof yang paling depan.
3.    Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah solat hendaklah diseru solat berjemaah.
4.    Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’ di dalam diri kita serta saudara kita di seluruh alam.

6 Sifat Sahabat: 1. Kalimah Toyyibah


Hakikat Kalimah Toyyibah : “Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”
Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah Amal:

1.    Kalimah Iman adalah Laailahailallah.
Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah

Maksud dan tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan didalam diri kita dan memasukan kebesaran Allah ke dalam hati kita.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah, maka lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.

Rasulullah saw bersabda :
“man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.”

Maksudnya : Barang siapa yang di akhir hayatnya, keluar dari lidahnya kalimah laailahailallah wajib masuk syurga.

Cara untuk mendapatkannya :
  1. Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
  2. Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
  3. Hendaklah dakwahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita di seluruh alam.
  4. Hendaklah berdoa agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman di dalam diri kita serta di dalam diri saudara kita di seluruh alam.


2.    Kalimah Amal iaitu : Muhammadarasulullah.
Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.

Maksud dan tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini, cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah S.A.W.

Kelebihan atau Keutamaannya :

Sabda Rasulullah SAW :
“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.”

Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku bererti ia cinta kepadaku dan barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.


Sabda Rasulullah SAW :
“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.”

Maksudnya : Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad (kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati syahid.

Cara untuk mendapatkannya :
  1. Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi S.A.W.
  2. Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri di jalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berdakwah.
  3. Hendaklah dakwahkan amal ini kepada saudara kita di seluruh alam.
  4. Hendaklah berdoa agar Allah S.W.T tanamkan Hakikat Amal di dalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.

Tuesday, November 1

Food For The Ears

Syeikh Saad Ibn Sa'id Al-Ghamidi have always be the whisperer to my ears reciting the Quranic Verse when I'm sleeping or just too tired to read the Quran myself.. 



Who s this Sheikh Saad Ibn said Al Ghamidi

Sheikh Saad Ibn Said Al Ghamidi, a Qoran recitor, was born on the 19th of May in 1387 (1967) in Damman city in Saoudia Arabia.

Studies: 

The Sheikh was graduated from the Imam Mohammed Ibn Saoûd’s university in Al- Ahsaa. (The theological speciality: Oussoul Addin) in 1410. He finished the Koran learning in 1415 and in 1417; he got the Baccalaureate degree of the Isnad taken from Riwaya of Hafs’ Ain Aasim.

Professional experience:
  • 1. Al Ghamidi worked as a teacher from 1411 to 1415.
  • 2. He worked as a guide to Islamic education from 1416 to 1423.
  • 3. He is currently working as a director in Mohamed Al Fateh’s private schools in Dammam. Jobs: - The major responsible for teaching Koran in the Imam Chatibi center in Dammam.
    - The major responsible for theological and educational studies in Manar Al Houda center.
    - Imam and priest of Yousuf Ibn Ahmed Mosque in Dammam.
    - Member of social “lajna” of Dammam which is concerned with “Chouôun Ijtimaîya”.

Books: 
  • - The recited Holy book in 1417.
  • - Nouddoum hdayat Al Mourtab Al fi Moutachabih al kittab by the beloved Imam Sakhami.
  • - Nouddoum All-yat Irraqui by Hafidh Iraqui.
  • - Arts (Illa all al Quran).
  • - Addkan
  • - Rouqiya chariya.