1)
Kami tidak berzina !
Maaf,
saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.
2)
Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe.
Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan
itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
3)
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari
ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang
pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah
engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya,
syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
4)
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul
.Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun
desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu
pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
5)
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina
ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan
iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan
berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang
digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah
menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan.
Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya
jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui
mana-mana jalan perzinaan.
6)
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes
belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi
pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati
hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau
tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di
dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas
dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan
ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
7)
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan
SAHAJA)
Study
Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea
pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul
ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain
tu… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
8)
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik
sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak
kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia.
Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
9)
Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan
motivasi.
Tak
adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum
sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,
banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
10)
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah
Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada
kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki
(sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri
seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan
itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para
paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu
adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.
Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah
jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri
atau nafsu.
11)
Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta
secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul,
cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah.
Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu
perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah
cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut
bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah
maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri
kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut
terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani
pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam
pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa
ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan
putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
12)
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua
itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang
diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik
angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama
sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya
akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta
manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta
tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta
sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak
menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan
oleh Allah.
13)
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara
kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang
pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan
perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki
yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang
kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
14)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi
orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta
juga?
Itulah
pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki
yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
15)
Kami telah berjanji sehidup semati…..
Apa
ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki,
jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan
sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering
berulang sehingga menjadi pepatah.
16)
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah
hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita
sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih
wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya
akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.
17)
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu!
Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti
kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test
drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
18)
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya!
Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah
mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta
orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya
dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
19)
Bagaimana kami?
Kamu
masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat
yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan
perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii)
Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam
percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi
dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya
adalah selepas ijab kabul.
Moga
Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke
mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari
redha-Mu. Terimalah taubat mereka ”
p/s:
So, bila agaknya kita boleh kapel? Sudah tentu selepas kita menjadi pasangan
suami isteri yang sah! Islam
itu indah. Yakinlah kebenarannya dan janjinya.
1 comment:
bagaimne kalau kapel tu dapat mengenali utk mengenali seseorg.?
Post a Comment