Sunday, November 6

6 Sifat Sahabat: 2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’


Solat
Maksudnya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta)

Khusyu’
Maksudnya : Kosentrasi

Khudu’
Maksudnya : Tertib

Tertib dibahagi tiga :
1. Tertib Waktu, iaitu solat diawal waktu.
2. Tertib Tempat, solat dimana azan diazankan iaitu di Masjid.
3. Tertib Cara, iaitu solat dengan cara berjamaah.

Maksud dan tujuaannya :
1.    Sifat-sifat didalam solat kita bawa kedalam kehidupan kita sehari-hari.
2.    Jika di dalam solat kita tutup aurat, maka di luar solat pun kita hendaklah menutup aurat.
3.    Dalam solat kita menundukan pandangan, maka diluar solat pun kita hendaklah menundukan pandangan.
4.    Dalam solat kita mengucapkan salam, maka diluar solat juga hendaklah kita mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah s.a.w :
Barang siapa yang menjaga solatnya lima waktu siang dan malam selama 40 hari berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan mendapatkan 2 kebebasan :
1. Terbebas dari siksa kubur,
2. Terbebas dari sifat munafik.

Barang siapa yang menjaga solatnya, maka Allah swt akan memberi 5 jaminan :
1. Akan diberi Keberkatan rezeki.
2. Akan diselamatkan dari siksa kubur.
3. Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan.
4. Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat.
5. Akan masuk syurga tanpa hisab.

Cara untuk mendapatkannya:
1.    Hendaklah solat di awal waktu, berjemaah, di mana azan diazankan (Masjid).
2.    Hendaklah solat di sof yang paling depan.
3.    Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah solat hendaklah diseru solat berjemaah.
4.    Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’ di dalam diri kita serta saudara kita di seluruh alam.

No comments: