Friday, November 11

6 Sifat Sahabat: 5. Hakikat Ikhlas Niat


Maksudnya : Niat yang ikhlas.

Maksud dan tujuanya :
Beramal dan berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana Allah swt.

Kelebihan atau keutamaanya :

  1. Barang siapa yang beramal sebesar biji zarah dengan niat yang ikhlas kerana Allah, maka Allah swt akan memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud emas.
  2. Barang siapa yang beramal walaupun sebesar gunung Uhud, tetapi tidak dengan keikhlasan maka dihadapan Allah swt tidak mendapatkan ganjaran apa-apa,sia-sia saja.

Cara untuk mendapatkannya :

  1. Hendaklah selalu meluruskan niat kita, baik diawal amalan/pekerjaan, dipertengahan amalan/pekerjaan ataupun diakhir amalan/pekerjaan.
  2. Hendaklah da’wahkan ‘Ikhlas Niat’ ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  3. Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ikhlas didalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.

No comments: