Sunday, November 6

6 Sifat Sahabat: 1. Kalimah Toyyibah


Hakikat Kalimah Toyyibah : “Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”
Kalimah ini terbahagi dua iaitu kalimah Iman & kalimah Amal:

1.    Kalimah Iman adalah Laailahailallah.
Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah

Maksud dan tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan didalam diri kita dan memasukan kebesaran Allah ke dalam hati kita.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dengan kalimah laailahailallah, maka lebih berat kalimah laailahailallah kerana tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.

Rasulullah saw bersabda :
“man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.”

Maksudnya : Barang siapa yang di akhir hayatnya, keluar dari lidahnya kalimah laailahailallah wajib masuk syurga.

Cara untuk mendapatkannya :
  1. Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
  2. Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
  3. Hendaklah dakwahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita di seluruh alam.
  4. Hendaklah berdoa agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman di dalam diri kita serta di dalam diri saudara kita di seluruh alam.


2.    Kalimah Amal iaitu : Muhammadarasulullah.
Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.

Maksud dan tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini, cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah S.A.W.

Kelebihan atau Keutamaannya :

Sabda Rasulullah SAW :
“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.”

Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku bererti ia cinta kepadaku dan barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.


Sabda Rasulullah SAW :
“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.”

Maksudnya : Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad (kerosakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati syahid.

Cara untuk mendapatkannya :
  1. Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi S.A.W.
  2. Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil iaitu membuang duri di jalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berdakwah.
  3. Hendaklah dakwahkan amal ini kepada saudara kita di seluruh alam.
  4. Hendaklah berdoa agar Allah S.W.T tanamkan Hakikat Amal di dalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam.

No comments: