Tuesday, November 15

Sifat Takutkan Allah SWT


Susah bagi  kta merangkumi semua ayat Al-Quran, hadith Nabi SAW dan para ahlullah tentang sifat takutkan Allah SWT. Walaubagaimanapun, secara ringkasnya kita perlu memahami bahawa anak kunci untuk sampai kepada setiap kesempurnaan dalam agama ialah sifat takutkan Allah SWT. Nabi SAW bersabda, "Tunjang kebijaksanaan ialah sifat takutkan Allah SWT.".
            Hazrat Abdullah Bin Umar r.a selalu menangis sehingga matanya menjadi rosak. Pada suatu hari seseorang telah ternampak beliau sedang menangis, maka Hazrat Abdullah bertanya, “Adakah kamu hairan dengan tangisanku? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah SWT.”
            Pada suatu ketika yang lain berlaku peristiwa seumpama ini, beliau berkata, “Bulan pun menangis kerana takutkan Allah SWT.” Rasulullah SAW telah lalu berhampiran dengan seorang sahabat yang muda. Beliau sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai kepada ayat yang bermaksud, “ Selain itu (sungguh ngeri) tatkala langit pecah-belah lalu menjadi merah mawar, berkilat seperti minyak.” (Ar-Rahman: 37), bulu romanya berdiri tegak, beliau menangis teresak-esak sehingga sesak nafasnya sambil berkata, “Apakah yang akan terjadi kepadaku pada hari yang langit pun akan terbelah (hari kiamat)? Binasalah diriku.” Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Malaikat pun turut menangis kerana tangisanmu itu.”
            Setelah bersolat tahajjud seorang sahabat Ansari r.a duduk dan menangis sambil berkata, “Hanya kepada Allah SWT aku merayu agar diselamatkan daripada neraka jahanam.” Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini, kamu telah menyebabkan para malaikat pun turut menangis.”
            Pada suatu ketika seorang sahabat Hazrat Abdullah Rawahah r.a telah menangis. Melihat keadaanya, isterinya pun turut menangis. Hazrat Abdullah Bin Rawahah r.a bertanya, “Apakah perkara yang telah menyebabkan engkau menangis?” Beliau selanjutnya berkata, “Aku menangis kerana memikirkan keadaan kita mesti melalui neraka jahanam. Aku tidak tahu sama ada aku dapat melepasi laluan itu ataupun terjatuh ke dalam neraka.” (Qiamullail)
            Hazrat Zurarah Bin Aufa r.a sedang mengimami solat di masjid. Apabila bacaanya samapai pada ayat yang bermaksud, “... apabila telah ditiup sangkakala maka yang demikian itu ialah waktu yang sulit.” (Al-Muddathir: Ayat 8 & 9). Beliau terus rebah langusng meninggal dunia. Orang ramai telah mengangkat dan membawa beliau ke rumah.
            Sekali peristiwa Hazrat Khulaid rah. Sedang mendirikan solat. Apabila tiba pada ayat yang bermaksud, “Tiap-tiap yang brnyawa akan merasai mati kemudian kamu semua akan dikembalikan kepada Kami.” Beliau mula mengulangi ayat itu berkali-kali. Selepas seketika, kedengaran satu suara dari satu penjuru rumah, “Berapa kali kamu hendak mengulangi ayat itu? Oleh sebab kamu mengulangi ayat itu berkali-kali maka empat jin telah mati.”
            Banyak kisah seumpama ini telah diriwayatkan. Hazrat Fudhail rah. Ialah seorang ahlullah yang masyhur. Beliau berkata, “Takutkan Allah SWT akan menunjukkan jalan ke arah setiap kebaikan.”
            Dalam satu hadith qudsi, Allah SWT berfirman, “Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan keoada seseorang hambaKu dan Aku tidak memberikan dua kelapangan fikiran kepada seseorang hamba. Sekiranya seseorang seseorang itu tidak takut kepadaKu di dunia ini, maka Aku akan membuatkan dia takut di akhirat nanti. Sekiranya di dunia ini dia sentiasa takut kepadaKu maka Aku akan menyelamatkannya daripada daripada segala ketakutan.”
            Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang takutkan Allah SWT, semua makhluk akan takut kepadanya, dan sesiapa yang takutkan sesuatu selain daripada Allah SWT maka semua makhluk akan menakutkannya.”
            Nabi SAW bersabda, “Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah SAW walau sebesar kepala lalat maka Allah SWT akan mengharamkan wajah itu daripada terkena api neraka.”
            Seorang sahabat Hazrat Uqbah Bin Amir r.a telah bertanya kepad Nabi SAW, “Apakah jalan keselamatan?” Nabi SAW bersabda, “Jagalah lidahmu, duduklah di dalam rumah dan tangisilah terhadap dosa-dosamu.”
            Hazrat Abu Bakar As-Siddiq r.a berkata, “Sesiapa yang boleh menangis maka hendaklah dia menangis dan sesiapa yang tidak boleh menangis maka hendaklah dia buat-buat menangis.”
            Diriwayatkan mengenai Hazrat Muhammad Bin Munkadir rah. Apabila beliau menangis beliau air mata ke muka dan janggutnya sambil berkata, “Ada riwayat yang sampai kepadaku bahawa api neraka tidak akan menyentuh bahagian yang terkena air mata.”
            Terdapat banyak kata-kata hikmat yang menunjukkan kpada kita bahawa tangisan, mengingati Allah SWT dan mengenangkan dosa-dosa ialah penawar yang berkesan dan sangat penting lagi berfaedah. Apabila merenungkan dosa-dosa kita maka keadaan sedemikianlah yang sepatutnya berlaku. Di samping itu penting untuk memastikan supaya tidak ada kekurangannya dalam harapan kepada rahmat dan kurniaan Allah SWT. Pastinya rahmat Allah SWT mengliputi segala sesuatu.
            Apabila Imam Ahmad Bin Hambal rah. Hampir meninggal dunia, beliau telah memanggil anaknya dan berkata, “Perdengarkanlah kepadaku hadith-hadith yang menambahkan harapan kepada Allah SWT.”

p/s: Fikir-fikirkanlah, wahai sahabat.

No comments: